Web TVPas


Sunday, April 5, 2009

UMNO makin lemas


Suasana gerak kerja pilihanraya ternyata berbeza antara sesuatu tempat, walau pun cara dan taktik kotor Umno hampir sama. Di Permatang Pauh lain suasananya, di Kuala Terengganu juga lain pula suasananya. Tugas saya juga jadi lain dan berbeza. Saya tidak berhasrat untuk menghurai kelainan itu, tetapi ia memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin boleh diimplementasikan di tempat sendiri.

Selalunya saya tiada masa untuk posting, meski pun kali ini agak berpusing mengendali program pemuda. Pertama mungkin kerana tugas, kedua kerana amat jarang mengikuti program-progam di luar tempat bertugas. Maklumat-maklumat banyak diperolehi dari intenet. Bukan tida isu yang ingin ditulis, tapi mood selalunya menjadi hambatan.

Ada sms-sms dari jauh bertanya perkembangan di Bukit Gantang. Saya hanya menjawab berdasar kepada bacaan daripada sumber-sumber, maklumat-maklumat daripada petugas lain. Petugas di Peti Undi yang dibantu oleh Kota Bharu memaklumkan bahawa suasana kerja agak berbeza dengan pilihanraya Mac 2008. Petugas mahir tidaklah terlalu ramai tetapi Pilihanraya Kecil P. 059 Bukit Gantang menyaksikan ramai yang keluar membantu. Taiping dan Kamunting yang maklum kawasan paling banyak hujan di Malaysia sedikit pun tidak menjejas aktiviti dan gerak kerja petugas. Lebih membanggakan apabila kaum lain juga semakin berani memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ini yang menambah nilai semangat jawatan kuasa Peti Undi Kamunting Station, DUN Kuala Sepetang.

Antara cara mudah untuk mengetahui antara penyokong parti di sini ialah melalui warna cat rumah dan atapnya. Siapa sangka Masjid Simpang yang atapnya biru, kubahnya biru, tulis khatnya biru, hatta jambannya pun biru, tetapi khutbah Jumaat lewat Jumaat memperkatakan tentang pemimpin bertelagah membawa padah, pemimpin rasuah membawa musibah, politik wang pemusnah negara. Selesai khutbah ketika pemimpi-pemimpin Umno dan Ketua Polis Perak yang turut berada di masjid itu beredar turun diiringi dengan laungan takbir! Rupa-rupanya itulah masjid ketika insiden Zamry yang naik angin kerana terpaksa mendengar kuliah Nizar.

Bagaimana anda membuat analisis dan membaca gerak hati Najib bila membatalkan serta merta pencabulan akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Saya membacanya sebagai langkah terdesak beliau apabila berdepan dengan mood rakyat di ketiga-tiga kawasan pilihanraya. Peraturan-peraturan luar biasa yang lazim dikeluarkan oleh mereka setiap kali pilihanraya sebenarnya kembali melemaskan mereka.

Tidak membenarkan sebarang perarakan bendera hakikatnya menimbulkan tidak puas hati kalangan anak muda, seperti menyekat minat dan kecenderungan mereka. Syarat-syarat karut ketika mengadakan ceramah seperti had waktu yang semakin dipendekkan, isu-isu larangan juga menjadikan rakyat semakin benci dengan demokrasi ciptaan Umno. Umno gerun apabila setiap kali melihat sambutan di majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Rakyat ingin mendengar makulat sebenar terhadap apa yang berlaku dalam negara setelah muak dengan maklumat yang disiarkan oleh media kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional.

Isu yang hanya boleh diaminkan oleh Umno ialah Nizar jelas berbohong ketika mengisi borang pencalonan apabila menyatakan pekerjaannya ialah ADUN, bukan Menteri Besar. Budak sekolahlah boleh ketawa mendengar hujah bodoh itu.

isu lain memutar belit isu Nizar dikatakan merampas pembesar suara di Masjid Simpang dalam majlis anjuran BN, yang akhirnya akhbar terpaksa menceritakan semula kejadian sebenar, kerana rakyat yang menyaksikan lebih tahu cerita sebenar.

Benarlah bagai dikata. Segala apa yang dilakukan oleh Umno sekarang jadi serba-serbi tidak menjadi dan tak kena. Buat salah, tak buat kalah, Umno memang serba salah. Segala apa tindakan mereka akan menjadikan kematian mereka semakin sadis dan menghayat hati. Huhuhu.

Selepas ini sama-sama pula kita lihat bagaimana seorang yang bergelar Tun akan berada di Parlimen. Piliharaya Umum ke-13 masih jauh. Apakah spekulasi akan ada pilihanraya kecil di Kepala Batas akan menjadi realiti juga.

Apapun selamat berjuang Datuk Seri Nizar. Anda sekarang dinobatkan sebagai wira dalam sejarah politik Malaysia.

No comments:


Sila Klik

Pages