Web TVPas


Monday, April 6, 2009

Org Cina dah 'give up' ngan UMNO

Satu tamparan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Maka hilanglah sudah segala keangkuhan UMNO/BN. Satu berita yang menggemparkan UMNO/BN. Berita baik untuk PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Saya menjangkakan pemimpin UMNO yang memabaca berita ini, tentu kecut perut dan akan kosong di dewan penjumlahan undi malam besok.

Saya terbaca satu berita di dalam MalayMail Online,yang mengatakan pengundi kaum cina di dalam kawasan parlimen Bukit Gantang telah dengan terang dan terbuka tetap akan menyokong Ir.Nizar.

Semenjak dari pilihanraya yang pertama lebih kurang 50 tahun yang lalu, inilah seorang Menteri Besar yang tidak berlagak, tidak sombong, seorang yang tidak mengamalkan perkauman dan disukai ramai.

Walaupun pada permulaan perlantikannya sebagai seorang Menteri Besar, kaum cina berasa ragu-ragu, tetapi sekarang kaum cina bertambah yakin kepadanya dan PAS melebihi daripada UMNO yang telah sombong, berlagak semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai contoh, Khir Toyo, Zahid dan Khairy. Kaum cina akan pastikan Ir.Nizar dipilih sebagai Ahli Parlimen. Dan akhir sekali mereka menyumpah pembelot daripada Jelapang iaitu Mrs.Hee

No comments:


Sila Klik

Pages