Web TVPas


Saturday, April 4, 2009

Takziah buat rakyat Malaysia

Takziah buah negaraku yang tercinta
Kerna kau mendapat PM baru
3 April sejarah tercipta
Akan dikenang orang lama dan baru

Dunia sedang memerhatikan kita
Ada yang sedih dan ada yang ketawa
Melihat Malaysia ku yang tercinta
Akan karam bila sikuku besi bermaharajalela

Kepada Agong ku sandarkan harapan
Namun hanya sia-sia belaka
Pada siapa lagi nak ku harapkan
Hanya Allah yang Maha Pencipta

Ya Allah, Ya Tuhanku, aku dan sekalian rakyat Malaysia
memohon padamu perlindungan daripada pemerintah
yang zalim dan kami mohon kepadamu agar kebenaran
dapat ditegakkan. Ya Allah, Ya Tuhanku kau peliharalah
kami dari terjebak dengan kemaksiatan yang bakal dibawa
oleh pemimpin kami.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha
Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

dari blog kedai kopi tepi masjid..

No comments:


Sila Klik

Pages