Web TVPas


Sunday, April 5, 2009

pelancaran Banner Rakyat


Ibnibrahim...seorang jurugambar bebas dari Tanjong Malim telah merakamkan detik bersejarah itu dalam bentuk panorama. dan hasil karya beliau telah kami abadikan dalam bentuk banner sepanjang 12 kaki dan di lancarkan oleh DS Nizar dalam satu majlis ringkas disebuah restoran di Bukit Gantang.

Banner berukuran 12x4 kaki yang mengambil gambar panorama ketika hari penamaan calon (29hb. Mac, 2009) ini adalah hasil dari sumbangan berbagai pihak. gambar panorama hari penamaan calon adalah sumbangan ibnibrahim, rekaan Dugong Darat dan sumbangan adalah dari pihak yang tidak mahu dikenali.

Pihak kami hanya menerima panggilan dari pihak pencetak mengatakan bahawa bayaran kepada pihak pencetak telah dibuat dan kami hanya perlu menghantar design banner untuk dicetak. terima kasih kepada semua dan oleh kerana itu kami namakan banner ini sebagai "Banner Rakyat".

Banner Rakyat telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Ir Nizar dengan menandatangani salah satu dari Banner Rakyat. korang boleh tengok Banner Rakyat yang ditandatangani oleh Dato' Seri Ir Nizar yang telah digantung di Markas Induk Pilihanraya Kecil P-059 di Air Kuning.

Banner Rakyat yang telah siap itu disediakan dalam 4 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil dan ianya digantung ditempat-tempat strategi mengikut kawasan dan kesesuaian. Cerita selanjutnya boleh di perolehi dari perisik-rakyat.

Gambar hasil karya Ibnibrahim...yang belum lagi kami kenali secara peribadi. Hanya berkomunikasi melalui internet.

Dugong Darat menggubah gambar tersebut tetapi apa yang menarik ialah...tiada siapa yang tahu siapa yang membayar kos percetakan tersebut. Menurut yang membayar...dia hanya rakyat Malaysia. Terima kasih semua.

No comments:


Sila Klik

Pages