Web TVPas


Thursday, April 2, 2009

Wajah suram Najib...


Sebelum korang klik untuk masuk ke entri ini, pasti korang akan fikir perkara ini cuma khabar angin semata-mata...

Saya pun rasa macam tu juga, rasa macam tiada halangan lagi untuk najib bertahta. Namun begitu, melihat kepada muka Najib yang merah padam, khabar angin boleh jadi bukan sekadar khabar angin... Ini katogeri khabar ribut dah !

Jadi PM atau tak jadi PM, itu bukan hal yang akan saya pedulik. Walau Najib sekalipun, walau Muhyidin sekalipun, walau KJ sekalipun yang jadi PM, lawan tetap lawan... Tiada harapan lagi diberikan kepada UMNO dan BN... Trend sekarang ialah BN dan UMNO harus ditumbangkan di mana-mana pilihanraya dan kemuncaknya ialah PRU13 !

Ikuti perkembangan khabar angin tahap ribut seperti tajuk entri di atas...

Najib Razak Keluar Dari Istana Negara

KUALA LUMPUR (Berita Harian) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.

Abdullah Menghadap Agong Serah Surat

KUALA LUMPUR (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.
[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini]

~ Pahang Daily.

Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).

Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.

Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.

Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.

Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.

cheGuBard akan mempersembah surat terbuka kepada Istana Negara berkenaan perkara ini.


~Chegu Bard

No comments:


Sila Klik

Pages