Web TVPas

Monday, April 6, 2009

Mahathir : Manusia hipokrit no satu


Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Malah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.

Naib Presiden PKR, Azmin Hj Ali berkata,

"Saya ingin meminta kepada rakyat Bukit Gantang supaya bertanyakan hal-hal ini kepada Dr Mahathir

"Saya mahu tengok adakah dia berani menjawab pertanyaan daripada rakyat Bukit Gantang dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa dia lah Bapa Penderhaka Raja-Raja Melayu sebenarnya bukannya Pakatan Rakyat yang difitnah selama ini," tegas Azmin lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendedahkan sikap hipokrit Umno bahawa parti itulah yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya parti itulah yang membinasakan agama.

Ini dibuktikan oleh pembelian 20 peratus kepentingan dalam syarikat arak Filipina, San Miguel oleh anak Dr Mahathir, Mirzan.

Antara isu lain yang disentuh Azmin termasuklah isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan penjelasan mengenai pemberian tanah kepada rakyat miskin Melayu, Cina dan Orang Asli semasa tempoh sepuluh bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Azmin juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan pengundi P059 Bukit Gantang supaya keluar awal untuk mengundi kerana cuaca hujan pada sebelah petang.

"Saya juga memberi amaran keras kepada hantu-hantu yang berniat untuk datang ke Bukit Gantang membuang undi. Kita sudah bersedia untuk menangkap hantu-hantu ini kerana saya ada sedikit pengalaman menangkap mereka semasa di Lunas dulu," tegas beliau.

No comments:


Sila Klik

Pages