Web TVPas


Saturday, April 4, 2009

Reaksi spontan Nizar...

Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan






TPJP - pastu ada la mamak itam bunyik-bunyik dekat belakang tirai "ala... setakat nak tolong orang excident saya pun boleh..." ahaks..

No comments:


Sila Klik

Pages