Web TVPas


Saturday, April 4, 2009

ha ha kena kencing oleh Najib

Beberapa ahli keluarga tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang menunggu sejak awal pagi di Kem Tahanan Kamunting kelihatan kecewa apabila tidak seorang pun tahanan di kem itu dibebaskan hari ini.

Kira-kira 20 ahli keluarga dan penyokong, kebanyakannya kaum India yang berkumpul di hadapan pintu utama kem tersebut, beransur-ansur beredar dari situ apabila diberitahu bahawa kem tersebut belum mendapat arahan bertulis untuk pembebasan tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri malam tadi mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan malam tadi dilaporkan berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu.

Isteri V Ganabatirau, B Buvasniwary yang hadir ke kem tersebut sejak awal pagi kelihatan keluar kira-kira jam 12 tengah hari selepas bertemu suaminya hampir sejam setengah.

Bercakap kepada kira-kira 30 pemberita yang menunggu di situ, sebahagianya sejak awal malam tadi, Buvasniwary berkata, beliau hanya akan mempercayai suaminya bebas apabila “melihatnya keluar dari pintu penjara”.

Menjelaskan keadaan suaminya, ibu kepada dua anak itu berkata Ganabatirau “gembira” tetapi dalam masa yang sama “sedih kerana tidak dapat keluar bersama-sama tahanan yang lain.”

Alu-alukan kebebasan

Beliau bersama keluarga kemudian keluar untuk makan tengah hari di restoren berdekatan dan memaklumkan akan kembali semula ke kem itu antara jam 4 hingga 5 petang ini bagi mengetahui perkembangan lanjut tentang perkara itu.

Sementara keluarga seorang lagi pemimpin Hindraf K Vasantha Kumar – yang tidak dibebaskan -- turut kelihatan di situ bagi memberikan sokongan.

Bercakap kepada pemberita, ibu saudaranya R Nagama mengalu-alukan pembebasan kedua-dua pemimpin Hindraf itu.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa hanya dua daripada lima pemimpin Hindraf dibebaskan.

“Lima pemimpin India ditahan di bawah ISA. Tetapi hanya dua sahaja dibebaskan. Bagaimana dengan tiga lagi? Ahli keluarga (pemimpin Hindraf) yang lain sedih, menangis,” katanya.

Sementara Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang tiba sejurus selepas itu gagal menemui keluarga tahanan.

Bercakap dalam keadaan hujan renyai-renyai, beliau bagaimanapun mendesak pembebasan kesemua tahanan, bukan sekadar 13 orang sahaja kerana menurutnya “mereka ini bukan penjenayah”.

Mahu rombakan menyeluruh

“Kalau semalam Najib mengumumkan pembebasan serta merta, ia patut dilakukan serta merta. Keluarga mereka datang dari seluruh negara untuk bertemu orang yang mereka sayang, menunggu sejak dari malam tadi. Penantian itu satu penyiksaan,” katanya.

Sebelum beredar beliau sempat menemui beberapa pengawal dan bersalaman dengan mereka di sebalik jeriji pintu pagar utama dan secara bersahaja menyuruh mengundinya dalam pilihanraya kali ini.

Ditanya sama ada keputusan mengejut Najib itu akan menjejaskan kempennya di kawasan parlimen itu, Mohd Nizar berkata: “Tidak sama sekali. Rakyat akan lebih menyokong kita dengan pembebasan ini kerana mereka mahukan semua tahanan dibebaskan dan ISA dihapuskan.”

No comments:


Sila Klik

Pages