Web TVPas


Thursday, April 2, 2009

Ezam penipu besar....

Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.


Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.


Berikut saya petik laporan dari mStar Online:


Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB


TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.


Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”
“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.


Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.


Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.


Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.


Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.


“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.


“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Apa yang pasti, Ezam telah menipu!

Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.

Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor, boleh muat turun buku Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa.

No comments:


Sila Klik

Pages