Web TVPas


Thursday, April 9, 2009

Warta rembau: Kerana Mahathir sy confirm pangkah PAS

"Kerana (Tun) Dr. Mahathir, saya tetap pangkah PAS." Demikian rintihan seorang pengundi bukan Melayu apabila ditemuramah oleh Wartawan Warta Rembau di Bukit Gantang lewat semalam.

Beliau yang berbangsa India berkata beliau mungkin sudah pasti memangkah calon Barisan Nasional tetapi berubah fikiran ekoran sentiment perkauman yang diguna pakai oleh mantan Perdana Menteri sepanjang dua minggu lepas.

Beliau berhujah, “Kita tau untuk dia punya anak mau lawan sama son-in-law Pak Lah dalam itu Pemuda punya contest. Tapi jangan untuk kempen saja, kasi hentam sama orang bukan Melayu, cakap dia orang bangsa asinglah, dia orang main tikam belakang, dia orang itu Tamil terrorist. Itu tahun 99, kita ada sokong dia sama lawan Anwar, lepas ini dia langsung hentam kita untuk kasi support sama anak. Ini kita tak boleh terima.’

Beliau betambah, ‘Bukan kita mau angkat itu Melayu punya hak. Kita terima, tapi kita juga ada feeling. Saya nampak itu Khairy lagi baik, dia tiada lagi mau main itu perkauman. Dia ada pakai macam Obama sedikit. Kita boleh terima.’ Apabila KJ menang kerusi Ketua Pemuda, beliau mengambil risko besar dan sanggup berhujah bahawa UMNO perlu membela orang bukan Melayu. Baru baru ini, pendekataan yang sama diambil oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib dalam seruan One Malaysia. Tetapi orang bukan Melayu berpendapat, Tun Dr Mahathir masih suka menggunakkan sentimen perkauman untuk meraih undi dan tidak sehaluan dalam konsep 1 Malaysia.

Boleh dikatakan pengundi Cina dan India, mereka tidak dapat mendalami mesej baru kerana taktik Tun melabelkan orang Cina dan orang India sebagai 'bangsa asing' hanya dalam usaha beliau untuk memastikan anaknya menang dalam pertandingan parti.

Hati mereka pasti dibakar ekoran ceramah Tun Dr Mahathir sebelum dan selepas Pemilihan UMNO yang baru lepas. Warta Rembau difahamkan, mereka sanggup memangkah bulan parti PAS kerana mereka telah dihina sebegitu.

Warta Rembau kemudian menerumah Prof Madya Wenger Khairy, untuk mendapat reaksi beliau ekoran ada beberapa laman blog yang cuba mengaitkan kekalahan Barisan Nasional di Bukit Selambau dan Bukit Gantang malam kelamarin.
‘Kita kalau nak berhujah kena ada logik. Pada PRU 12, UMNO menang undi Melayu 55-45%. Kalau kita teliti dengan baik, UMNO tidak pernah menggondol 80 ke 90% undi Melayu. Maka akar umbi yang telah tetap bersama UMNO, masih tetap bersama UMNO samada KJ menang ke kalah.’ Jawab beliau.

‘Memang kita rasa syiok sendiri apabila kita merumuskan segala masalah masalah yg dihadapi oleh UMNO kepada 2 atau 3 orang. Pendekataan ini mudah difahami dan ramai yang akan terbawa bawa dengan kiasan tersebut.’

‘Kalau UMNO menang kalah tidak lagi membawa apa apa maksud, saya pun bersetuju. Kita kuburkan Khairy, kita tendang keluar Pak Lah, kita bawa balik Tun Dr Mahathir, biar kita rasa megah, tetapi penyudahnya, UMNO tetap kalah.’

‘Kalao orang UMNO nak berhujah, jangan asyik nak cuba mendapat modal politik dengan menimbulkan rasa ketegangan kaum. Pendekataan lapuk macam ni tidak lagi berkesan. ‘ ujar Professor.
‘Dari kita sentiasa nak bermusuh musuhan dengan kaum lain, eloklah kita berhujah dengan waras dan sama sama berganding bahu untuk menentukan kemenangan calon calon Barisan Nasional. Pendekatan itu mirip ertikata 'Setiakawan' dan juga menjadi teras kepada seruan 1 Malaysia’ tambah beliau.

http://wengerkhairy.blogspot.com/2009/04/kerana-dr-m-saya-tetap-pangkah-pas.html

No comments:


Sila Klik

Pages