Web TVPas

Sunday, April 5, 2009

BN main silap mata

Dalam masa beberapa jam sahaja dari sekarang rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin yang akan memegang amanah di tempat mereka. Mereka turut membawa suara rakyat untuk memberi isyarat kepada pemerintah sekarang iaitu Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lupa diri. Rakyat masih ingat bagaimana apabila kuasa dan rasuah disalahgunakan sehingga suara rakyat dikerdilkan.

Kini Umno dan Barisan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang baru. Yang lebih berwibawa kononnya daripada Pak Lah. Maka seronoklah kita apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan dibebaskan dari tahanan. Begitu juga dengan 13 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Dan dalam masa yang sama kerajaan akan turut mengkaji semula akta ISA. Tapi tunggu dulu. Mari kita huraikan satu-persatu permasalahan di atas.

Pertamanya - siapa yang menyekat akhbar Harakah dan Suara Keadilan? Adakah yang menyekat itu pemimpin dari Pakatan Rakyat? Adakah PAS, Keadilan atau DAP yang menyekat kebebasan akhbar-akhbar ini? Atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional? Jika demikian, mereka yang menyekat dan mereka membebaskan - apa yang peliknya? Ia ibarat bermain silap mata. Tetapi bisa sahaja menjolok psikologi rakyat supaya gembira dan tidak pelik jika tidak berfikir panjang, kita terdorong untuk bersorak sorai dengan mereka.

Keduanya - siapa yang menahan dan memasukkan tahanan-tahanan ini dalam ISA. Sudah tentu mereka yang berkuasa dari Umno dan Barisan Nasional. Tidak bolehkah tahanan ini dimasukkan kembali? Sudah tentu tiada jaminan. Dan mungkin juga 13 tempat kosong ini akan diisi kembali oleh 13 tahanan baru sesudah berlalunya pengundian di ketiga tempat itu pada 7hb April nanti. Pendekatan populis digunakan oleh Najib sudah tentu daripada penasihat-penasihat di sekeliling beliau sedikit sebanyak memberi 'kejutan' dan mengambus sedikit isu pembersihan diri Najib daripada pelbagai kontroversi yang menyelubungi diri beliau ketika ini.

Mari kita berbalik kepada perkara pokok mengapa rakyat begitu ghairah menantikan keputusan pengundian di ketiga tempat ini? Pertama di Perak - mengapa Bukit Gantang begitu menaikkan keghairahan rakyat untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional? Ia akibat daripada krisis di Perak yang mana jangan lupa jasa yang dihulurkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Beranikah kiranya Perdana Menteri ini menjejakkan kakinya di Perak kerana jasa beliaulah maka krisis di Perak ini terus berterusan dan bergolak.

Begitu juga dengan apa yang terjadi di Bukit Selambau. Mengapakah kerusi Adun di Bukit Selambau dikosongkan. Tidak teringatkah kita kenyataan bekas Adun Selambau yang mana beliau tidak tahan lagi di ugut siang dan malam supaya melompat parti. Kerana maruah beliau tekad untuk meletakkan jawatan. Untuk apa? Supaya pergolakan di Perak akan berjangkit kepada negeri Kedah pula. Jasa siapa itu? Siapa di balik tirai semua agenda ini? Jangan kita lupa itu.

Begitu juga dengan air muka Malaysia di seluruh dunia ketika ini. Ternyata wajah Malaysia memang dimalukan dan jatuh aibnya kerana menerima seorang pemimpin yang diselubungi isu antarabangsa. Pembunuhan Sang Matahari dari Mongolia. Isu politik wang di dalam Umno usahlah dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin sahaja. Adakah pemimpin lain bebas daripada politik wang dan memang bersih? Jangan lupa! Nanti kena ketawa dengan Che Det pasal dia kata Melayu mudah lupa!

http://azzlie.blogspot.com

No comments:


Sila Klik

Pages