Web TVPas


Thursday, April 9, 2009

Kabinet baru : Najib pening gara-gara Khairy~Pahangdaily

Umum sungguh terkejut bila Najib menangguhkan pengumuman kabinet barunya semalam. Ramai yang berpendapat, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebenarnya "pening kepala" memikirkan siapakan paling layak untuk menganggotai kabinet barunya itu selepas UMNO dan BN dimalukan oleh Pakatan Rakyat dengan pukulan 2-1 dalam pilihanraya kecil yang baru berakhir dua hari lalu. Semuan ini memainkan peranan, sehingga menyebabkan Najib tidak yakin siapakah individu yang paling layak dan boleh dipercayai untuk membawa perubahan atau "reform" kepada kerajaan Barisan Nasional selepas ini. Najib kemungkinan besar akan membuat keputusan itu petang ini seperti yang dijanjikan semalam. Namun itu pun bergantung kepada pemilihan calon-calon yang paling sesuai untuk bersama beliau. Kami juga mendapat maklumat, salah satu punca pengumuman semalam dibatalkan kerana kemarahan orang-orang Pak Lah bila Najib tidak memasukkan nama Khairy Jamaluddin ke kabinet beliau itu. Amat tidak munasabah bila Khairy yang menang jawatan Ketua Pemuda UMNO tiba-tiba dipinggirkan dari senarai tersebut. Ini menimbulkan kemarahan Pak Lah sebenarnya. Malah, seperti Mahathir marah kepadanya dulu. Kini Pak Lah pula menganggap Najib tidak mengotakan janji-janjinya sebelum beliau melepaskan jawatannya itu.

Tindakan Najib "memandang sebelah mata" nama Khairy jelas sekali menunjukkan yang beliau tidak mengikhtirafkan anak muda itu. Malah, lawan Khairy pula iaitu Mukhriz Mahathir dikatakan akan berada dalam kabinet baru beliau. Disamping itu juga Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim (foto) Ahli Parlimen Muar pula dikatakan bakal ditabalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan mengambil alih tempat Ismail Sabri Yaakob yang dihantar ke Kementerian Pelancongan. Jika ini benar-benar berlaku, maka Khairy Jamaluddin pasti ada sebab untuk marah kepada Perdana Menteri dan juga bapa mertuanya yang melepaskan jawatan itu. Bagai satu penghinaan jika Khairy tidak dilantik sebagai Menteri penuh kabinet Najib nanti. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman penuh Najib itu. Laporan terkini yang kami terima juga mengesahkan bahawa sehingga saat ini nama-nama menteri yang dikatakan bakal mengosongkan jawatannya ialah, Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan), Muhammad Mohd Taib (Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar) dan Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri). Lain-Lain menteri terbabit ialah Rais Yatim (Menteri Luar) dan Nur Mohammad Yaacob (Menteri Kewangan Kedua).

Rais juga berada dalam kemungkinan sama ada dikekalkan sebagai menteri ataupun dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO manakala tempat Nur Mohammad akan digantikan dengan Mustapha Muhamad dari Kelantan. Kesemua mereka itu dianggap sebagai orang Pak Lah. Sementara itu pemimpin UMNO yang dijangka akan kembali ke kabinet pula ialah Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang diketahui sebagai team Najib sejak dulu lagi. Pemimpin UMNO dari Pahang yang turut akan dikekalkan dalam kabinet ialah Saiffuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh) dan Maznah Mazlan (ADUN Muadzam Shah).

No comments:


Sila Klik

Pages