Web TVPas


Wednesday, May 13, 2009

'Nelson Mandela' Malaysia kembali di takhta kerajaan haram

IPOH: Bab baru krisis politik Perak masuk hari ketiga pagi ini dengan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memasuki kembali Bangunan SUK di sini pada pukul 9.17 pagi.

Semalam beliau memaklumkan bahawa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK ataupun yang turut dikenali sebagai Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selepas Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian pukul 1.20 tengah hari semalam, sejam kemudian Nizar dan barisan Exconya meninggalkan pejabat masing-masing kerana "mahu menghormati keputusan mahkamah."

Nizar hanya berada di pejabatnya kira-kira sejam termasuk 10 minit pada sebelah pagi semalam.

Beliau sempat mengadakan sidang media di pejabatnya sebelum keluar kira-kira 2.30 petang untuk minum di sebuah restoran berhampiran Bangunan SUK.

Difahamkan hari ini, Zambry akan mempengerusikan mesyuarat Exco pukul 10 pagi nanti dan disusuli dengan sidang media dua jam kemudian.

Zambry juga dipercayai akan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak petang ini.


DATUK Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Dalam pada itu, Nizar dijadual akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Salah seorang Exconya, N. Sivanesan berkata, pihaknya memutuskan demikian malam tadi selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan peguam Nizar.

Ia akan difailkan pukul 9 pagi ini di Putrajaya.

"Kami juga akan memohon agar rayuan ini didengar segera dan kami juga akan memohon agar permohonan ini didengar oleh tiga hakim mahkamah rayuan," kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi.

Perkembangan semalam berlaku tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin.

Zambry berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan kelmarin sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Beliau menekankan bahawa statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya.

1 comment:

antimisailebat_jijik! said...

kembali lah kepada undang-undang Allah


Sila Klik

Pages