Web TVPas

Sunday, May 3, 2009

Pas tetap komited membantu PKR di Penanti

ucuk pimpinan PAS hari ini memberikan komitmen untuk menggerakan jentera parti bagi memastikan kemenangan calon PKR pada Pilihanraya Kecil N12 Penanti.

Komitmen itu diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi.

“Muktamar telah memutuskan tempat itu adalah tempat mereka (PKR) dan demikian itu tidak perlu dipertikaikan. Kita telah mengarahkan parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi skongan sepenuhnya kepada calon Pakatan Rakyat,” Abdul Hadi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Turut hadir Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut memberikan komitment sama..

Anwar merakamkan penghargaan kepada kedua parti itu.

“Bagi pihak PKR, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang atas kerjasama PAS dan DAP untuk memberi sokongan padu bagi memenangkan calon Pakatan di Penanti,” kata Anwar.

“Saya menghargai arahan mereka kepada jentera parti di Pulau Pinang khususnya dan Penanti untuk membantu PKR,” tambah beliau.

Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman dinamakan calon Pakatan dalam PRK N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

Mansor, 54, memegang tiga ijazah masters, termasuk dua dari universiti Yale. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar sekitar 1990an, dan menyertai Parti Keadilan Nasional selepas Anwar disingkir dari kerajaan pada 1998. -TVA/GB

No comments:


Sila Klik

Pages