Web TVPas

Monday, May 4, 2009

UMNO dah tak keruan

Silih berganti naik turunnya mentari, pasti berlakunya kemaraan hari dan tarikh menjadi tua dan meningkatnya setiap usia dan umor dari semua jenis mahluk sedunia, dalam bumi, di mana mana juga . Semuanya tidak ada kuasa diatas dunia fana ini mampu mengganggu sanggah kerja Allah ini. Walau sekalipun seluruh manusia dunia dan di planet, hatta dengan kuasa besar dunia bertindak bersatu minda dan bersatu tenaga dan kekuatan untuk menghalang tuanya umur dan usia dunia dari terus berpusing dan beredar, mengikut perintah arahan Allah. Sesungguhnya pastilah, tidak temampu dilakukan oleh manusia.

Ianya pasti berlaku sama ada mau atau manusia menolak, mengeluh dan menafikannya. Sebagaimana tabie keatas perubahan berlaku kepada setiap perempuan, perubahan dari kanak-kanak menjadi dara sunti, remaja berpinggang kerengga, monipus dan tua usia, menjadi ketakutan wanita. Ketakutan yang tidak dapat di elak dan melarikan diri. Ianya pasti akan di hadapi. Maka sanya ketakutan dan kengerian begitulah yang melanda UM No-BN negeri Perak Darul Redzuan sejak 6 Februari 2009 sehinggalah di saat saya membicara rencana ini.

UM No-BN menghadapi dan berdepan dengan ketakutan dan badi musibah yang akan terus menghampiri dan menghantui diri dan punak pribadi Zambry mamak pedukang. Samalah juga umpama ketakutan hakiki dan ngeri sekali dengan menyebut sahaja Altantuya Shaaribu dan peledak C4 dikalangan pimpinan utama negara mengikut berita dan ceritanya. Apalagi beban memikul serta cuba menjalankan kerja-kerja tugas haram MB haram dari produk haram rampasankuasa yang dikepalai oleh kepimpinan utama negara lanie iaitu DS Najib dan Menteri Pertahanan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas negeri Perak Darul Redzuan.

Begitulah episod kerja-kerja rampasan kuasa haram dan episod menaja penubuhan kerajaan haram UM No-BN sejak 6 Februari 2009 dalam penuh peristiwa yang penuh dramatis. Umpama Zorro dan paling tidak ala Rambbo telah berlaku di Negeri Perak Darul Redzuan. MB haram UM No-BN yang haram itu, umpama sembilang pedukang hidup yang di kelar-kelar badannya, dalam memikul bangkai bewak hidup yang ditinggalkan kepadanya oleh kepala perampas kuasa yang cemar dan mencemarkan. Itu PM DS Najib dan M Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi. Sebaik-baik mereka berdua di pileh oleh ahli-ahli UM No menjawat peneraju utama dan penguasa mutlak ke3 rangking-haraki genggaman penguasaan dalam UM No baru-baru ini.

Diantara langkah awal dan tindakkan sulong adalah melepaskan reba dan duri kerkuk, beban diri terus keluar serta bebaskan dari memikul - cursed black stone - batu hitam sial dan sumpahan rakyat Perak keatas mereka berdua. Iaitu melarikan diri dari tanggungjawab hasil perancanaan kerja cemar haram lagi buruk cemar, dalam sesi kronologi merampas kuasa yang tidak dapat diselesaikan di Perak. Sekalipun UM No-BN dikelilingi immuniti yang pakej komplek di dapati mereka UM No- BN. MB haram mamak pedukang, dalam kerjausaha untuk menimbul dan mewangikan bangkai yang menusuk dirinya sebagai MB haram dan kerajaan UM nO-BN haramnya, yang terpaksa pula berdepan dengan tarikh lupus – tamat.

Maka bertambah ketar dan menggigil, macam gila babi sampai usaha mendapatkan pertolongan dari para dukon, pawang dan bomoh untuk pelimun ADUN dikalangan Kerajaan Sah PR. Keliru dan bercelarunya untuk mendapat pengesahan dari mahkamah untuk menghalalkan haram jawatan MB yang disandangnya yang telah berlanjutan 3 bulan. Rakyat telah kotakan menolak dan kelongkangkan MB haram ini bersekali kerajaan haram UM No-BN dalam referendum rakyat di PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April yang lepas.Rakyat Perak tengoklah betapa celaru dan kelirunya apabila jalan pintas dikehendaki MB haram Zambry di mahkamah terhadap saman Zambry.

Tetapi Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan. Hakim-hakim tersebut dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah didengar di Mahkamah Tinggi minggu ini. Jelas percanggahan antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.

"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. "Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari. "Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman. Justeru di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata ia mengharapkan bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad. "Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu)

Apa yang berligar di Perak sekarang ini, adalah rentetan mempertahankan kerajaan haram UM No-BN Perak yang bermenteri besar haram mamak pedukang Zambry yang akan berhadapan dengan lupus umur persidangan DUN Perak yang sampai tahap wajib. Mamak pedukang MB haram bukan saja bergelut menyembah susun jari merokok memohon dan meminta restu sokongan rakyat rakyat, sebagaimana rukuknya jenis manusia hipokrit mantan MB Perlis Shahidan Kassim mengucup tangan PM iaitu kepala perampas kuasa di Perak baru-baru ini, yang memual lagi memuntahkan seperti muntah badang. Gelagat pemuka, pengampu UM No untuk terus mencengkam menjadi lanun negeri dan negara. Sama-samalah melihat mereka ini.

Samalah saya umpama dan kiaskan disini, akan apa yang telah dikerjakan oleh DS Naib dalam mengepalai merampaskuasa dan menubuh kerajaan haram UM No-BN yang ditolak oleh sekelian rakyat kerana menjatuhkan kerajaan PR yang dipileh oleh rakyat melalui PRU12. Samalah saorang itu mendirikan solat tanpa berwuzuk. Pakaikanlah pakaian tutup aurat macammana sekalipun mengikut sunah Rasulallah serta bermandi minyat atar (menggunakan jubah dan minyak attar curi). Rakaat pertama khatam surah Al Baqarah dan rakaat kedua khatam surah Yusof, penuh dengan khusyuk bacaan. Tetapi solat itu tetap tidak sah kerana ianya tidak dalam berkeadaan berwuzuk dalam keadaan sedar mendirikan solat.

Begitulah cara menubuh kerajaan UM No-BN adalah menerusi melanun haram rampasankuasa. Menubuhkan kerajaan juga sudahpasti kerajaan haram UM No-BN secara merampaskuasa juga. Maka pastilah akan berlanjutanlah kerja-kerja haram yang melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri Perak akan dihadapi oleh MB haram Zambry dari UM No-BN. Mereka pasti membelakang kelangit, perentah-perentah mahkamah yang cuba menyekat kehendak nafsu serakah Zambry mamak pedukang disaat ia perlu mendapat pengesahan mahkamah tentang suci bersih dirinya. Termasuk beliau maseh percaya fungsi DUN mesti dihidupkan untuk umurnya berbaki sebagai MB haram jadah yang dipegangnya hampir mencecah 3 bulan yakni kurang 3 hari.

Sebaik dukun dan pawang memutuskan, sebelum hasil jampi serapah langkah penyelamat mengikut menghalalkan cara adalah puleh dan mesti berada didewan sebelum luput luput edah. Maka MB haram akan terus menjanakan kerja-kerja haram untuk menyelamatkan jawatan haram yang disandangkanya itu. Iaitu Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia akan bersidang 7 Mei ini.Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar). "Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan. "Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut."Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

MB haram membuat keputusan terdesaK dan sesak nafas kerana dihadapannya adalah jurang dalam beracun sedang menunggu serta ledakkan peletup lebeh dahshat dari C4 akan UM No-BN menghadapinya. Iaitu DUN Perak akan luput tarikh kalau tidak diadakan persidangan genap 6 bulan pada 13 Mei ini. Diatas fktor itulah MB haram UM No menjadi keruan dan gila haluan dan gila dalam tindakkan disudut menyelamat keadaan dan menyelamatkan diri dan kerajaan haram terus berfungsi haramnya. kalau tidak silap saya. Menteri Besar haram UM No-BN Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak melalui pintu istana dan Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak melalui arahan dan panggilan Speaker melalui notis lazim dibuat.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. Mamak pedukang terus tidak menghurmati dan mematuhi, wajib baginya patuhkan setelah mahkamah putuskan kedudukkan haramnya menjawat MB haram yang akan dibicarakan pada 4 atau 5 Mei 2009 iaitu besok atau lusa. Tetapi penjenayah tidak berpegang kepada undang-undang dan peraturan. Sebab itulah haram pekerjaan, haramlah juga jalan keluar dicari dan di temui mamak pedukang Zambry cambry pada 7 Mei 2009 ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang pada 7 Mei ini walaupun kes semakan kehakiman mengenai siapa Menteri Besar yang sah yang difailkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih belum diputuskan mahkamah. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak adalah sah selagi mahkamah tidak membuat apaapa keputusan berkenaan pelantikan beliau ke jawatan itu."Tuan Yang Dipertua Dewan mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Untuk mengenjur dan melanjutkan kerajaan haramnya dan jawatan haramnya menjawat MB haram, maka istana terus digunkan oleh mamak pedukang ini. "Sebagai Menteri Besar, kita memberi pandangan dan kuasa yang terakhir untuk menentukan bila tarikh persidangan dewan diadakan ialah Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Sultan yang menentukan tarikh itu (7 Mei)," katanya. Sementara itu, Zambry berkata beliau menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam yang menolak notis usul yang difailkan beliau di bawah Fasal 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan bahawa pertikaian antara Zambry dan Mohammad Nizar mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Zambry berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak Zambry berkata, tindakannya memfailkan notis usul berkenaan adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh Mohammad Nizar.

Rakyat ingin melihat mahkamah dalam sesi perbicaraan di Mahkamah tinggi untuk mahkamah dalam membuat keputusan Menteri Besar Haram UM No-BN dijadikan halal menerusi pintu mahkamah sekali pun rakyat telah menolak menyatakan ianya kerajaan haram rampasan kuasa dan Menteri Besar haram dan diterjermahkan tutas di PRK P.59 Bukit Gantang melalui referendum dan melalui bukit Selambau.

Sama-samalah kita saksikan untuk besuk Selasa 4 Mei, lusa Rabu 5 Mei dan tulat 6 Mei yakni hari perbicaraan di MT fasal MB haram sekarang di Perak. Bagaimana kesnya yang berserabut macam akar serabut dan cacing kerawit mampu beliau untuk memintas secara haram dengan melalui pintu istana memohon ehsan atau paksaan untuk membuka pintu DUN PDR melalui cara-cara haram dan hitam bermesyurat wajib.

Kita tunggu dan kita saksikan kronologi yang berikutnya.

Rencana di buat oleh: Ibn Abdullah Al Awab.
Isnin - 3 Mei 2009 jam 3.10ptg.

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

No comments:


Sila Klik

Pages