Web TVPas


Sunday, March 15, 2009

Catatan - Mamak(TKODaily)

Aku baru balik dari Bukit Gantang pergi buat survey jentera pilihanraya Bukit Gantang. hari ni aku sempat celah masuk ke 3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN dalam kawasan Bukit Gantang. ada cerita yang menarik dari ke 3-3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. cerita yang sama dari jentera parti yang sama.

Setakat hari ni, UMNO/BN dah bukak lebih kurang 10 (atau lebih) Bilik Gerakan Pilihanraya untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. tapi sampai hari ni, bajet untuk jentera gerakan pilihanraya masih belum sampai ke Bukit Gantang. kalau ada pun cuma untuk majlis besar-besaran yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO.

Jadiknya buat masa ni jentera-jentera UMNO/BN berada dalam keadaan "kekurangan". tak macam dulu. kalau dulu (sebelum PRU-12 dan 2 PRK sebelum ni), bajet datang mencurah-curah sebulan sebelum hari penamaan calon. tapi sekarang di Bukit Gantang, keluar "duit poket" dulu.

Parah...

Lepas tu aku teringat pulak dekat berita dekat bawah ni.

Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Kesimpulan yang aku dapat buat lepas aku perhatikan beberapa perkara ialah UMNO/BN sekarang kekurangan sumber kewangan. 5 negeri utama yang menjadi sumber kewangan UMNO/BN tumpas ditangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12. jadi UMNO/BN dah kehilangan 1 sumber kewangan yang amat besar yang selalunya diperolahi dari kontrek-kontrek "atas angin".

Aku difahamkan jugak bahawa kesan dari kejatuhaan UMNO/BN di 5 negeri dalam PRU-12, 2 PRK sebelum ni dan jugak Krisis KUDETA di Perak, tokey-tokey atau kantung-kantung besar yang selalunya menaja perbelanjaan UMNO/BN sebelum ni jugak, dah ambik keputusan untuk tidak lagi menaja perbelanjaan UMNO/BN dalam PRK 3 PRK kali ni. dah serik katanya.

Ada yang mengaku dah serik dengan janji-janji "lepas habis PRK, akan dapat balik pulangan", dan ada jugak yang tak berminat untuk menaja sebab tak setuju dengan cara UMNO/BN mengambil alih Kerajaan Negeri Perak dengan cara KUDETA.

Yang menariknya, tokey-tokey atau kantung-kantung besar kemungkinan akan membelanjakan sejumlah wang untuk jentera-jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dalam usaha mereka "mengajar" UMNO/BN dan menjatuhkan Najib.

TPJP : Pada kali ni..Najib secara berterus terang sudah tak mahu isytihar "projek Mee Segera". Apatha lagi sumber kewangan yg semakin susut dan mungkin yilek...Tapi berhati-hatilah mungkin mereka ada 'senjata rahsia'. Ini perlu difikirkan oleh pejuang semua. "Dan mereka merancang dan Allah merancang. Sesungguhnya Allah maha merancang"

No comments:


Sila Klik

Pages