Web TVPas


Thursday, March 26, 2009

Penyokong Khairy dan Mukhriz tegang..

KUALA LUMPUR: Dianggap sebagai keputusan yang mencemaskan, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru.

Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

Jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor. Beliau memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.

Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Sementara itu, ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan petang tadi wujud suasana tegang di antara penyokong-penyokong Khairy dan Mukhriz di aras 1 bangunan PWTC.

Dalam pada itu di luar dewan, beberapa pemuda UMNO yg dipercayai org Mukhriz melaungkan perkataan ' rasuah' ke arah Khairy selepas pengumuman rasmi dibuat. Mukhriz meminta penyokongnya agar bertenang. Kelihatan polis masuk ke dewan.


TPJP : Nampaknya bibit-bibit perpecahan ketara mulai timbul antara puak-puak dalam pemuda UMNO. Mereka akan terus dan terus bercakaran. Pada masa yang sama melepaskan geram mereka ke arah pembangkang. itulah UMNO..warisan generasi yang terakhir sebelum pupus

No comments:


Sila Klik

Pages