Web TVPas


Wednesday, March 18, 2009

Kertas jampi di bawah meja Pak Lah

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut beberapa lalu.

sin chew daily report on pak lah cursed jampi table materials in umno building 180309Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 di bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan satu kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor akhbar harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang ada mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis itu menghantar objek-objek kepada bahagian forensiknya..

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

TPJP : Bila sebut jampi teringat pula "kisah Pendekar Bujang Lapok"

No comments:


Sila Klik

Pages