Web TVPas


Monday, March 16, 2009

Saya hanya manusia biasa : Rosmah

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau "terkejut" dengan serangan-serangan musuh politik yang cuba mengaitkan beliau dan suaminya, dengan satu kes pembunuhan sensasi. Tetapi isteri Datuk Seri Najib Tun Razak - yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri bulan depan itu, menolak tanggapan bahawa tuduhan tersebut boleh menyelubungi pentadbiran suaminya dan berkata pengalaman membuat mereka menjadi lebih tabah.

katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini. "Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang lain sengsara,""Tetapi bagi saya, saya tidak terganggu dengan semua ini kerana saya tahu mereka akan lakukan apa sahaja untuk menghalang suami saya daripada menjadi (pemimpin), dan mereka memilih cara yang salah," katanya. Tahun lalu, Najib menafikan mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh pada 2006. Mayatnya telah diletupkan di sebuah kawasan hutan. Manakala rakan karib Najib, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, telah didakwa atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu, tetapi dibebaskan kemudiannya.
TPJP : Hanya Allah sahaja yang dapat mengetahui cerita sebenar kes ini. Nampaknya isteri Timbalan Perdana Menteri sudah beberapa kali menafikan pembabitan beliau dan suaminya dalam kes pembunuhan wanita Monggolia itu. Maka apakah rakyat masih meraguinya atau mahukan jawapan yang lebih pasti. Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan politik tanahair yang semakin menarik mutakhir ini. Apakah langkah Najib untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini akan tercapai?. Sama-sama kita tunggu kisah ini.

No comments:


Sila Klik

Pages