Web TVPas


Sunday, March 29, 2009

LIVE DARI BUKIT GANTANG OLEH ABO

(7) LIVE @ Bukit Gantang - Perarakan calon PAS mula bergerak menuju ke tapak penamaan calon ! Takbir !!

8.15am

Solat Hajat yang di imamkan oleh Presiden PAS, DS. Hj. Abdul Hadi Awang baru berakhir tadi dan sekarang ini Rombongan Pimpinan bersama Calon mula bergerak menuju ke Majlis Perbandaran Taiping tempat penamaan calon pada pagi ini.

Sementara itu keadaan jalan penuh sesak dengan kenderaan sejak awal pagi. Kenderaan masih boleh bergerak perlahan, namun yang menjadi tandatanya kemanakah ribuan polis yang sepatut nya membantu kelicinan perjalan kenderaan pada pagi ini.

Calon PAS, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di temani oleh Isteri dengan persalinan baju Melayu lengkap berwarna kehijauan.



Penyokong-penyokong Pas yang berkampung sejak malam tadi. Krew Bloggers Network lambat sikit sampai, kena solat subuh dulu. Bila sampai dikawasan yang dikhaskan untuk Pakatan Rakyat sudah hampir penuh.



Foto yg diambil pada 7.00 pagi tadi. Seluruh kawasan padang sudah dikepung oleh polis. Penyokong-penyokong masih belum dibenarkan memasuki kawasan padang esplanade.



7.30 pagi. Tidak pasti…adakah kita mahu melihat penamaan calon atau sudah mula berperang. Yang pasti…seluruh kawasan seolah-olah dibawah perintah berkurung. Ada sesiapa yang boleh memanggil pasukan pengaman Bangsa-bangsa Bersatu?

Albanjari akan melapurkan dari masa kesemasa manakala gambar-gambar akan di uploadkan bila berkesempatan melalui perakexpress.com

8.05 am

Pegawai Pilihanraya telah pun tiba dan dilihat telah memasuki Dewan Bandaran. Para penyokong PAS dan Barisan Rakyat kini terus berkumpul di sebelah kanan dewan, belum ada arahan kebenaran untuk masuk ke dalam zon yang dikhaskan di dalam padang. Kawalan ketat FRU masih tidak berubah. Tegak dan tidak bergerak-gerak. Wow !

Manakala di sebelah kiri Bangunan Dewan Bandaran, para penyokong BN yang begitu sedikit dapat dilihat. Jika diawal tadi dianggarkan 3 ribu orang, maaf ada kesilapan dalam laporan itu tadi, kurang 500 sahaja yg kini berada di zon garisan hadapan di sebelah kiri. Apa sudah jadi ?
Posted by albanjari at 8:08 AM 0 comments Links to this post
(4) LIVE @ Bukit Gantang - Kehebatan pesta pagi ini dan suasana kian mendebar !

7.30am

Penyokong kedua-dua belah pihak masih belum dibenarkan memasuki kawasan padang. Dari tinjauan yg dibuat kehadiran penyokong BR memang sangat ramai. Dianggarkan lebih 12 ribu kini berada di garisan hadapan untuk menanti kebenaran masuk ke kawasan khas di atas padang yg berkawad duri.

Keseluruhan padang kini di kawal oleh Polis dan FRU, lengkap bersenjata. Tidak ubah seperti berada di zon perang. Kawalan yang sangat ketat oleh anggota Polis sungguh luar biasa. Sumber yg dsalurkan oleh MSK dari krew zon 1 barisan hadapan.

Suasana 2 :
Laungan, dan paluan gendang sahut menyahut. Kibaran bandera parti dan banner yg dibawa oleh penyokong benar2 mewarnai lanskap bumi pagi ini, lataran bukit-bukau dan puncak Maxwell cukup indah dipandang.

Kehadiran penyokong BN agak perlahan, dianggarkan hampir 3 ribu penyokong setia sambil mengibarkan bendera dacing ke kiri dan kanan dapat dilihat dari kawasan wak berada.

Konvoi calon yang mewakili PAS iaitu Dato Seri Nizar bin Jamaluddin akan memulakan perarakan dari perkarangan masjid Jamek Taiping pada jam 8 pagi ini. Suasana di perkarangan masjid dipenuhi oleh penyokong2 PAS, Keadilan dan DAP. ketika ini Dato' Seri Nizar masih bersolat sunat d dalam masjid bersama pimpinan tertinggi PAS dan Keadilan. Takbir !!

7.40am
Dianggarkan hampir lebih 30 trak FRU kini berada diperkarangan tapak penamaan calon. SB jangan tanya wak ! Bersepah. Akibat ruang terhad di dalam padang yg disediakan, ribuan penyokong BR terpaksa berpuashati apabila hanya mampu berkumpul dikawasan pinggir Taman Tasik Taiping.

*Apakah akan ada provokasi daripada Pekida sebagai benteng terkehadapan dari puak BN pada pagi ini? Kita tunggu dan lihat !


Posted by albanjari at 7:54 AM 0 comments Links to this post
(3) LIVE @ Bukit Gantang - Laungan REFORMASI, MAKHAL SAKHTI dan laungan TAKBIR di awal pagi di P.59 ! Bravo !!

7.00am

Paluan gendang 'perang' yang dibawa penyokong sambil laungan 'reformasi'..makhal sakhti' dan laungan 'Takbir' mengiringi konvoi2 rakyat yang kian mencecah belasan ribu kini, dan sedang mengarah ke satu titik pertemuan 2 lawan dlm 1 padang keramat. Wak masih menantikan foto dari zon 3 dan 5 oleh krew BlogNet@Perak bagi paparan yg lebih sempurna.


7.10 am

Penyokong2 bukan melayu dari Kelab penyokong PAS dilihat memasuki padang MPT dengan laungan semangat, berulang-ulang kali, keadaan cukup mengujakan, keadaan gegak gempita dengan laungan yang penuh semangat. Perang sedang bermula. Pagi ini di Taiping, keadaan cuaca yg cukup baik, suasana pagi yg sungguh segar apatah lagi kelmarin buminya telah dibasahi hujan, wow! sedutan oksigen dari udara pagi yg sungguh menikmatkan. Wow...wow !

Posted by albanjari at 7:15 AM 0 comments Links to this post
(2) LIVE @ Bukit Gantang - 3 ribu bersolat Subuh di Masjid Taiping

6.08am

Hampir lebih 3 ribu jemaah mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Taiping, pagi ini. Ini satu pandangan luar biasa. Kehadiran jemaah daripada penyokong Barisan Rakyat begitu mengujakan kepada sesiapa sahaja. Keadaan bandar Taiping semakin sesak.

Kesemua 3 masjid besar di sini, keseluruhannya dipenuhi oleh jemaah. Kenderaan telah mula memenuhi bandar kecil ini.


6.35 am

Barisan kenderaan yang di parkir kiri dan kanan bahu jalan boleh dilihat sejauh mata memandang, MSK melaporkan dari zon 2 suasana di Bandar Taiping menuju ke padang MPT telah dibanjiri oleh rakyat. Dianggarkan dari tinjauan rambang, lebih 10 ribu telah mula berada sejak jam 4 pagi tadi.

No comments:


Sila Klik

Pages