Web TVPas


Wednesday, March 18, 2009

Khairy : Saya tidak bersalah...

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun “saya tidak bersalah”

Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

“Saya masih boleh bertanding (jawatan ketua Pemuda Umno),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.

“Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggunggung dan mengapa mereka berbuat demikian.

“Saya tetap tidak bersalah,” tambahnya.

Menurutnya, beliau telah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin.

Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga tersebut.

Malaysiakini

Di sini TPJP mahu kemukakan komen drp seorg pengunjung di blog Pinkturtle:

By ; Kucing Kota

Kamu bukan saja tahu kamu tidak bersalah, walaupun kamu tahu kamu bersalah dan kamu tahu semua calon2 lain jugak bersalah. Kesalahan kamu kerana kamu tiada berfortfolio sebagai menteri yg boleh berhubung dengan semua ketua2 Bahagian. Jadi kamu terpaksa menggunakan agen utk menyalur wang rasuah secara tunai, tentu saja amat mudah dibuktikan dgn jumlah wang dan saksi.
Berbanding dengan Menteri2 yang punya fortfolio dlm kementerian, mereka menggunakan tenik menyalur dgn menawarkan kontrek2 kepada ketua2 Bahagian dan perwakilan Bahagian.
Kamu perlu tahu Khir Toyo mendapat kerjasama dgn gurunya Mike Tyson Menteri pembangunan negara dan luar bandar.
Mukhriz sudah tentu mendapat sokongan kuat dari Najis Tun Razak. (Lagi besar punya)
Agenda mereka tidak terkesan kerana mereka tidak rasuah dgn wang. Tapi tetap ada rasuah.
Kamu sendiri dah tahu bapak mertua kamu sudah terpinggir bila taring nya akan gugur pada 3 April ini. Kalau dah tahu siapa mereka. kenapa tunggu lagi?

No comments:


Sila Klik

Pages