Web TVPas


Thursday, March 26, 2009

Hangat! Siasatan SELCAT terhadap PNSB

PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia
Saidah Hairan
Thu | Mar 26, 09 | 12:36:02 am MYT
SHAH ALAM, 25 Mac (Hrkh) - Ketua Pegawai Eksektuif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hasan mengaku menerima arahan daripada Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik untuk mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia.


"Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne," katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam.

Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan' dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi.

Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan' menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan.

Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya.

Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya.

Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB.

Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

"Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato' Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib," soal Teng.

Khairiyah menjawab; "Pengetahuan saya tidak ada."

Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB. _

No comments:


Sila Klik

Pages