Web TVPas


Saturday, March 21, 2009

Fairus meletak jawatan....

oleh : MstarMelayu

PETALING JAYA: Mohamad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatannya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri itu berkuatkusa 8 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah pun menerima surat peletakan jawatan peletakan tersebut hari ini.

Bagaimanapun katanya, Mohamad Fairus akan kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab peletakan jawatan Mohamad Fairus.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Mohamad Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

No comments:


Sila Klik

Pages