Web TVPas


Tuesday, March 17, 2009

Gobind : Dihukum tanpa pembelaan

Semalam, di Dewan Rakyat, Saudara Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong telah digantung tugas selama setahun selepas cuba mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap timbalan perdana menteri. Mengenali Saudara Gobind yang tuntas serta teguh memperjuangkan keadilan, saya pasti beliau akan terus berusaha untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.

Menggantung beliau bukanlah jawapan bagi permasalahan sebenar. Penyelesaian terbaik ialah apabila kedaulatan undang-undang, sistem mahkamah yang bebas serta peranan parlimen kembali dipulih. Hanya setelah itu barulah rakyat Malaysia mengetahui perkara sebenar dan menikmati Keadilan untuk semua.

Berulangkali saya tegaskan dalam ucapan tatkala membahas usul menghukum Saudara Gobind bahawa siapa sahaja tanpa kecuali, yang melemparkan tuduhan, apatah lagi dakwaan keras dan berat saperti kaitan dengan pembunuhan mesti bersedia mengemukakan hujah. Dan orang yang disoal atau didakwa, dalam kes ini, Dato’ Najib berhak menafi dan membela diri.

Malangnya dalam kes ini, keadaan anih dan janggal. Gobind tidak diberi peluang berucap atau memberi penjelasan. Dato’ Najib memilih untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau penafian!

ANWAR IBRAHIM

1 comment:

aizuddin said...

kebetulan pd hari itu rosmah bersama anaknya sedang menonton sidang palimen tersebut, betpa malunya rosmah tatkala memerhati suaminya dipelakukan bgtu. (mereka hanya tidak mahu suami saya menjadi pemimpin... Rosmah mansur). alahai rosmah


Sila Klik

Pages