Web TVPas


Tuesday, March 17, 2009

Sahih! Ali Rustam hilang kelayakan bertanding

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).

Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.

http://www1.mstar.com.my

No comments:


Sila Klik

Pages