Web TVPas


Thursday, March 19, 2009

Ha..ini berita baik untuk lelaki

"Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap orang yang mahu menikahi janda-janda yang ditinggal oleh suami mereka yang syahid akibat kempen militer negara Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh laman rasmi Hamas dan dikutip oleh laman Almokhtsar, Selasa (17/3).

Cuma bukan setiap lelaki boleh menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, syarat yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka mestilah mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin dinikahi, dia mesti berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat tinggal bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya sekiranya wanita janda itu telah memiliki anak.

Agresi militer yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak memakan korban. Sekurang-kurangnya 960 orang awam Palestin terkorban, 239 polis dan 235 mujahidin. Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-lanak dan 121 wanita.

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan jumlah yang cedera sebanyak 5.303, termasuk di dalamnya 1.606 kanak-kanak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/alislamu)

http://satuumat.blogspot.com
"

No comments:


Sila Klik

Pages