Web TVPas


Sunday, March 15, 2009

Tips ketika berhadapan dengan soal siasat polis

Semalam, jam 3 petang, telah dadakan majlis taklimat oleh 2 orang peguam kepada barisan kepimpinan GMP yang dikehendaki oleh polis dari Balai Polis Dang Wangi supaya memberikan kerjasama kepada mereka bagi menjalankan siasatan ke atas peristiwa perhimpunan 100 ribu menentang PPSMI pada 7 Mac 2009.

Peguam memberitahu supaya jawab 3 soalan sahaja, yakni:

1. Nama

2. Alamat

3. Umur

Jangan jawab soalan-soalan lain. Apabila ditanya, katakan: "Minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan itu sekarang."

Pihak polis akan menanyakan soalan-soalan yang daripada jawapannya itu nanti membolehkan kita didakwa dalam mahkamah, itulah sebabnya jangan jawab sebarang soalan selain yang 3 itu.

Sebagai contoh, jangan jawab soalan:

1. Adakah kamu berada di Masjid Negara pada petang 7 Mac 2009?

2. Apa jawatan kamu dalam GMP?

3. Siapakah yang mengetuai perhimpunan GMP di Masjid Negara?

Kalau ditekan juga, katakan kepada polis yang bertanya: "Saya akan jawab di mahkamah."

Sekali-kali jangan beri apa-apa maklumat tentang individu-individu lain yang ditanya oleh polis. - universitipts (link)

oleh : http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/03/tip-menjawab-soalan-polis.html

No comments:


Sila Klik

Pages