Web TVPas


Wednesday, March 18, 2009

Dengarlah rayuanku...



oleh MSOMelayu

CALON timbalan presiden Umno yang dinafikan hak bertanding, Mohd Ali Rustam (foto) berkata dia menerima keputusan Lembaga Disiplin Umno dengan baik. Dia juga akan membuat rayuan. Semalam penyokongnya menemui Abdullah Ahmad Badawi di lapangan terbang Sungai Besi sebaik Abdullah tiba dari Jakarta.

Para penyokong Ali merayu kepada Abdullah supaya membuat sesutau agar Ali boleh menerus hajatnya bertanding.

Keadaan sudah pun mula bercelaru dalam Umno. Apakah rayuan itu akan terpenuhi. Apakah Abdullah ada kuasa untuk meminta supaya Lembaga Disiplin membatalkan atau mengubah keputusan itu. Dan apakah lembaga itu akan dengar suara Abdullah?

Semasa di Jakarta, Abdullah dikatakan terkejut besar dengan keputusan lembaga berkenaan. Beliau hanya mengulas; keputusan sudah dibuat, kena patuhlah. Sebagai akur kepada keputusan itu, Abdullah berlapik dengan berkata Umno sangat tegas dengan politik wang.

Ada nada kecewa dalam jiwa Abdulllah. Abdullah tentu sekali kesal dengan apa yang berlaku. Apa yang menimpa Ali adalah ditanggung oleh jasadnya juga. Sebelum ini pun dialah yang membela Ali apabila orang pertikai kewibawaan Ali. Bahkan Ali mencuba jawatan itu kerana dia juga selepas seorang lagi calon yang memasang azan di Makkah melupuskan niatnya apabila dipanggil oleh bosnya.

Dalam situasi sekarang ia mengekokkan tindakan Abdullah. Tetapi Abdullah kena tegas dan gunakan kuasa yang tersisa. Semua kena ingat Abdullah masih presiden Umno dan Perdana Menteri. Jawatan presiden termasuh apabila berlangsungnya perhimpunan. PM masih Abdullah pegang.

Sekirnaya Abdullah tidak bela Ali, dialah selemah-lemah pemimpin. Kepercayaan dan penghormatan kepadanya akan musnah dan tercalar. Niatnya hendak berhenti dengan baik disamping megekelakan rekod tidak menyerabutkan parti juga tercemar. Orang akan mengatakan Abdullah tidak bertanggungjawab selepas ini. Sejarang akan mengenang Abdullah bukan saja sebagai lemah tetapi tidak bertanggungjawab!

Kini nasib Ali terserah kepada Abdullah.

Sesungguhnya juga kalau Abdullah hendak bertindak ketika inilah. Keputusan yang diumumkan semalam tidak dahulu dimaklumkan kepadanya. Semacam ada satu strategi untuk memalukannya saja. Abdullah telah dibelakangkan dalam soal ini. Dalam pada itu ia juga untuk uji tahap kesabaran Abdullah.

Sepatutnya lembaga displin mengumumkan keputusan itu hari ini selepas keputusan itu dimaklumkan kepada Abdullah. Walaupun Lembaga Disiplin ada kuasa namun sebagai parti menjujung prinsip dan adat budaya Melayu, lembaga itu kena maklumkan dulu kepada ketua.

Tidakkah Umno sangat taat kepada ketua dan begitu emosional bila menyebut fasal Melayu. Bukankah menghormati ketua itu sebahagian daripada cicir-ciri dan budaya Melayu?

Walaupun ia keputusan yang tidak boleh diubah, tetapi sekurang-kurang dirujuk kepada Abdulah selaku presiden. Apabila ia dilakukan kira-kira enam jam sebelum Abdullah berada di tahan air nampak sangatlah lembaga berkenaan tidak menghormati Presiden.

Dalam hal ini saya merasakan tindakan itu bukan pandai-pandai pengerusi lembaga berkenaan, Tengku Ahmad Ritahuddeen. Tidak mungkin orang sebaik Tengku Ritahuddeen sanggup bertindak di luar tatasusila orang Melayu. Jika tidak kerana ditekan dan disuruh oleh seseorang yang lebih berkuasa atau akan berkuasa, Tengku Ritahuddeen tidak akan berbuat demikian.

Semasa membuat pengumuman itu semalam pun nampak jelas yang Tengku Ritahuddeen serba salah dan kurang selesa.

Agaknya apakah tindakan dan keputusan Abdullah mengenai hal ini. Apakah beliau juga turut menerima apa yang berlaku sebagai takdir ataupun beliau akan membuat sesutau yang diluar dugaan? Sekiranya keputusan yang dibuat lembaga itu dan nasib proksinya kekal, ini bermakna cerita Abdullah tidak akan lepas jawatan, insiden makan tengah hari di Hulu Langat dan apa-apa lagi semua berakhir dengan penuh ketidakbenaran.

TPJP membawakan lagu khas untuk Ali.."Dengarlah Rayuanku" oleh Rohana Jalil

No comments:


Sila Klik

Pages