Web TVPas


Tuesday, March 31, 2009

SPR : Berat sebelah

oleh : Cikgu Misbahul

Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain. Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka.

Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bilik Gerakan PAS Trong. Sebelum itu, berlangsung satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri. Dalam masa yang sama, di Dewan Orang Ramai Trong yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS Trong juga sedang berlangsung kempen BN.

Saya diberitahu oleh petugas-petugas PAS di situ, SPR yang kebetulan memantau ceramah-ceramah politik PAS dan BN malam itu telah cuba memberhentikan ceramah PAS kerana telah melewati jam 11 malam. menurut peraturan yang dipersetujui antara kedua-dua parti dengan SPR serta pihak polis bahawa ceramah-ceramah pilihanraya hendaklah ditamatkan jam 11 malam di kawasan luar bandar dan jam 12 malam di kawasan bandar. Pelik peraturan ini. Dalam pilihanraya umum dulu tidak pernah ada peraturan menamatkan ceramah jam 11 malam di luar bandar, sekarang ada pula peraturan seumpama itu.

Cubaan SPR cuba memberhentikan ceramah tersebut dibantah oleh petugas-petugas dan penceramah PAS, kerana dalam masa yang sama BN masih terus berceramah di Dewan Orang Ramai yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS, sedangkan mereka baru pulang dari memantau ceramah anjuran BN di tempat tersebut. Petugas dan penceramah PAS mendesak SPR hentikan dahulu ceramah BN sebelum PAS berbuat demikian, mereka cuba berdolak dalik, akhirnya petugas dan penceramah PAS termasuk Dr.Maria (Ahli Parlimen Kota Raja) memaksa SPR ke tempat BN berkempen untuk menghentikan ceramah mereka. SPR bersama petugas-petugas PAS dan Dr. Maria sendiri ikut sama ke sana bagi memastikan SPR mengambil tindakan sama. BN memberi alasan tidak tahu yang ceramah pilihanraya di luar bandar mesti dihentikan jam 11 malam. Setelah SPR bertindak demikian, barulah ceramah PAS dihentikan.

Inilah sikap ketidak adilan SPR dalam mengendalikan pilihanraya kecil Bukit Gantang. Sepatutnya SPR juga mesti menghalang BN dari mengguna semua premis milik kerajaan untuk kegunaan parti samada sebagai bilik gerakan atau tempat ceramah. BN boleh marah kepada Hj Nizar hanya kerana menjadi imam Solat Maghrib dan dituduh merampas masjid dan tugas imam untuk kepentingan politik, tetapi dalam masa yang sama semua premis kerajaan digunakan oleh UMNO untuk kepentingan politik BN.

No comments:


Sila Klik

Pages