Web TVPas


Monday, March 23, 2009

Nizar calon P059 Bukit Gantang



Sebentar tadi kul 10.30..(23 Mac 2008)Tn Guru Haji Hadi Awang telah mengumumkan calon pAS bagi pilihanraya P059 Bkt Gantang.

Pada pandangan TPJP, pemilihan beliau adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan mood dan 'angin' rakyat Perak amnya dan penduduk Bukit Gantang khasnya. Ini kerana beliau merupakan MB yang sah sebelum dijatuhkan dengan penuh dengan tipu muslihat oleh UMNO-BN pada awal februari yang lalu.
Sesungguhnya pengumuman ini memberi tamparan kepada pihak musuh dalam aspek calon dan isu. Walaupun UMNO yg pastinya akan memainkan isu penderhakaan terhadap DS Nizar namun TPJP yakin rakyat di sana tidak akan berganjak daripada memberi undi kepada PAS melalui calonnya yang dikenali ramai itu. Kita juga berharap petugas-petugas sentiasa berwaspada dengan 'jerangkap samar' yang dipasang oleh UMNO untuk menghuruharakan PR.
Pihak UMNO-BN memang sudah sebati dengan segala tipu daya untuk memenangi pilihanraya pada kali ini.
Bagi pihak UMNO-BN, praya bagi 2 bukit dan satu batang ini adalah satu petunjuk terhadap penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru yg bakal diterajui oleh Najib. Kekalahan yang bakal dialami merupakan satu petanda ke arah kejatuhan BN secara total dalam pilihan raya yang akan datang. Insya-Allah.

TPJP mengharapkan kepada para ahli PAS di DUN Paya Jaras sama-sama turun pada hari penamaan calon yang akan diadakan pada 28 Mac nanti

No comments:


Sila Klik

Pages