Web TVPas

Tuesday, March 17, 2009

Rasuah:UMNO diberi notis 7 hari

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Beberapa minit sebelum sidang akhbar Jawatankuasa Disiplin Umno bermula, dua pemimpin pertengahan Umno menghantar notis rasmi kepada mereka, "selesaikan segala laporan salah laku sebelum mesyuarat agung atau kami akan ambil tindakan melalui mahkamah".


Notis dalam bentuk surat itu dihantar kepada Majlis Tertinggi Umno melalui Setiausaha Agung Umno dan salinannya dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin melalui serahan tangan.

Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Idris menantangani surat notis itu di depan wartawan Siasah di samping tiga lagi pemimpin pertengahan Umno.


Ia kemudiannya diserahkan kepada penghantar surat kira-kira jam 2.30 petang iaitu satu jam setengah sebelum sidang akhbar khas Jawatankuasa Dispilin Umno dijadualkan bermula.
Siasah

No comments:


Sila Klik

Pages