Web TVPas


Wednesday, March 11, 2009

Apakah Anwar dan Abdullah sedang merancang sesuatu??

SEMENJAK kejutan pertemuan empat mata yang penuh misteri dan tandatanya antara Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, dan juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, ramai pihak mula membuat pelbagai andaian dan spekulasi.
Setakat ini, teori pengambilalihan jawatan Perdana Menteri secara rundingan dilihat mendominasi kebanyakan percakapan politik. Pak Lah dilihat sedang berusaha untuk memastikan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya tidak dianugerahkan sebegitu mudah kepada kononnya bakal penganti beliau iaitu Najib Razak.
Dalam politik, segalanya mungkin. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Mungkinkah benar wujud satu persefahaman dan juga rundingan antara Anwar dan Pak Lah berkenaan dengan peralihan kuasa?
Jika benar perkara ini (rundingan peralihan kuasa kepada Anwar) sedang berjalan sekarang ini, beberapa perkara menarik pasti akan dapat dilihat. Antaranya:-
1.
Spekulasi bahawa Anwar akan menyertai semula Umno menunjukkan sedikit kemajuan.
2.
Andaian ramai bahawa Najib akan mengigit jari dan tidak akan diberi peluang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri bakal menjadi kenyataan.
3.
Pakatan bakal berdepan masa depan yang gelap juga pastinya menjadi kenyataan.
Oleh yang demikian, bagi rakyat terbanyak khususnya penyokong Pakatan menyeru agar Anwar Ibrahim bijak dalam membuat keputusan. Sekiranya PAS boleh lupakan hasrat untuk 'bersatu' dengan Umno demi untuk menjaga kesepakatan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri, kenapa tidak Anwar?
dipetik dari PEMUDA PAS KEMAHANG 1

No comments:


Sila Klik

Pages