Web TVPas


Thursday, March 12, 2009

Awas! Toyo mengamuk...

Wakil rakyat PAS Hulu Kelang mendakwa dikecam ketua pembangkang Selangor selepas mendedahkan isteri bekas menteri besar itu menggunakan aset sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Saari Sungib mendakwa, ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, beliau nampak Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "macam sedia menunggunya" di lobi bangunan dewan dalam keadaan serius.

Wakil rakyat Sungai Panjang didakwa berkata: "Kamu (Saari) serang isteri saya. Isteri saya tidak pernah memandu kereta."

Bercakap kepada media selepas sidang DUN petang ini, Saari berkata beliau kemudian menjawab:

"Saya tidak kata isteri awak pandu kereta, tetapi diberi pakai kereta itu. Lagipun saya tanya dalam bentuk (minta) menteri besar siasat."

Dalam persidangan DUN, beliau mendedahkan sebuah anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KDEB) membeli kereta Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan kerjanya tetapi ia disalahgunakan untuk Zaharah Kechik, isteri Dr Mohamad Khir.

Sebagai menteri besar ketika itu, Dr Mohamad Khir juga dilantik pengerusi KDEB, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor.

Menjelas lanjut insiden mereka berdua itu, Saari berkata, wakil rakyat BN itu bagaimanapun tidak mengancam untuk membalas dendam.

Ketika kejadian juga, tambahnya, tiada wakil-wakil rakyat lain di tempat itu.

1 comment:

Unknown said...

Apa mnfaatnye khir toyo bertindak sedemikian, tindakan khir toyo dalam tidak sedar membuka pekng didada sendiri.. kalo dah salah tu senyap sajalah.. xperlu utk mengamuk tidak tentu pasal.. berani kerana benar, takut kerana salah..


Sila Klik

Pages