Web TVPas

Wednesday, March 11, 2009

Gara-gara Persidangan bawah pokok....

oleh : Misbahul

Istana Kinta semalam dipenuhi dengan para wartawan, orang ramai dan tidak ketinggalan pasukan keselamatan. Jalan menuju ke Istana ditutup oleh trafik. Para watawan ingin membuat liputan dan berita hasil pertemuan Dato' Seri Hj Nizar yang kononnya mengadap Tuanku Sultan Azlan bagi mempersembahkan usul-usul yang diluluskan oleh Sidang DUN Tergempar di bawah pokok. Orang ramai pula ingin mengetahui perkembangan seterusnya hasil pertemuan antara Hj Nizar dengan Tuanku. Pasukan Keselamatan pula, biasa le, nak jaga keselamatan yang akhirnya menyusahkan pengguna jalan raya.

Sebenarnya mereka semua salah faham, Hj Nizar buat kenyataan kemungkinan yang paling cepat dan terdekat untuk beliau mengadap Tuanku hari Selasa. Kenyataan ini difahami yang Hj Nizar akan mengadap Tuanku pada pagi Selasa, tanpa mendapat pejelasan dan maklumat yang tepat, mereka terus beramai-ramai ke Istana Kinta untuk membuat liputan, laporan dan berita. Ramai yang menelepon saya bertanya perkembangan ini. Saya menjelaskan Dato' Seri ada dirumah, tengahari nanti akan ke Parit Buntar, beliau tidak mengadap Tuanku hari ini. Ada wartawan yang tidak percaya, kononnya kami menyembunyikan pertemuan ini. Saya beritahu, kalau kami nak sembunyikan mengapa pula Hj Nizar buat kenyataan akan mengadap Tuanku. Mengadap Tuanku tidak semesti hari Selasa, paling cepat dan terdekat mungkin hari Selasa, boleh jadi juga hari-hari yang lain, semuanya terpulang kepada Tuanku, bila baginda perkenan untuk menerima mengadap.

No comments:


Sila Klik

Pages