Web TVPas


Thursday, March 12, 2009

Sila baca dan hayati cerita ini..Kategori (U)

cerita Pak Pandir dibawakan kepada anda oleh : Blog [ini]

Mak Andih marah-marah. Dia memang lama telah memendam rasa. Bukan dia tak sayangkan Pak Pandir, tapi ini sudah melampaui batas. Sudah banyak kali dia marahkan Pak Pandir tapi Pak Pandir buat dengar tak dengar saja macam marahkan kambing makan pokok pudingnya. Sekali sergah sekali lari. Berhenti sergah datang semula.

Kali ini Mak Andih nekad. Apa jadi pun dia mesti lepaskan kemarahannya. Biar Pak Pandir tahu, diamnya selama ini bukan kerana dia tak tahu tapi dia tak mahu. Dia tahu apa yang Pak Pandir buat, tapi dia tak mahu bising. Baginya yang lepas, biarlah berlalu.

Tapi Pak Pandir semakin menjadi-jadi pula. Ke sana sini dijajanya. Kononnya Mak Andih bazirkan beras. Beri beras kepada orang kaya. Mak Andih putuskan rantai basikalnya. Lembu mereka yang seekor pun, entah kepada siapa Mak Andih sembelih dan sedekahkan. Macam-macam lagi sampai orang kampong pandang serong kepada Mak Andih. Mak Andih malu. Kepalanya terasa kudung dek perbuatan Pak Pandir.

Kali ini Mak Andih nekad. Apa nak jadi jadilah. Sudah lama dia bersabar. Hatinya semakin panas sepanas air mendidih seratus darjah Celcius. Telinganya sudah merah semerah biji saga. Bibirnya digetap. Dia berjalan sambil menghentak-hentak kaki macam kuda nak mula berlari.

“Tok Penghulu…”, panggil Mak Andih bila dia sampai ke rumah orang tua itu. Terketar-ketar suaranya menahan geram. Tengkuknya dipanjang-panjangkan macam angsa nak ligan anak ikan.

“Tok Penghulu, hari ini saya nak dedahkan apa yang Pak Pandir buat selama ini. Dia tuduh saya macam-macam. Saya rasa saya patut bela diri saya. Pak Pandir memang dah melampau”, leter Mak Andih.

“Tengok Tok, Pak Pandir… Dia makan angin ke Langkawi, Bangsar, Baling, Lata Iskandar, Dengkil, Sedaka,Tokai, Sentul, Taiping, Perlis, Pulai, Lumut, Ampangan. Ini tok, rekod dia tukar tayar basikalnya. Saya dapatkan daripada kedai Apek di sana”, Mak Andih mengunjukkan resit tukar tayar basikal Pak Pandir kepada Tok Penghulu.

“Habis duit saya yang saya kumpul Tok. Habis duit saya, RM30 Tok. Duit tu saya kumpul untuk beli beras, tapi dia habiskan dengan makan angin. Tak guna punya laki…”, Mak Andih meluahkan geramnya.

“Andih, begini. Kamu jangan tuduh sebarangan. Nanti Tok arahkan Sanggahan Penyakit Rosak Mulut (SPRM) siasat. Hasil siasatannya nanti Tok akan serahkan kepada Pejabat Penggulung Segera untuk tentukan samada Pak Pandir patut di dakwa atau tidak. Kamu baliklah dulu”, arah Tok Penghulu kepada Mak Andih sambil membetulkan gulungan kain pelikatnya yang senget itu.

Mak Andih nampak Tok Penghulu sengih macam kerang busuk.

“Aku rebus kerang ni karang”, getus Mak Andih sambil berlalu pergi. Geramnya belum padam.
dipetik daripada :http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments:


Sila Klik

Pages